TUMPAT: Seorang remaja lelaki ditemui lemas di sebuah tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor di sini, petang tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Mohd Anuar Yacob mangsa dikenal pasti Muhammad Aidil Zakuan Abdullah, 13.
Jelasnya mangsa dipercayai mandi di tali air itu sebelum lemas.
“Kami menerima panggilan kecemasan jam 6.32 petang dan seramai tujuh pegawai serta anggota bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba, mangsa yang ditemukan oleh penduduk kampung sudah berada di tebing tali air dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Tumpat.