comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Remaja lelaki maut dan sepupu parah, motosikal terbabas  

FOTO: PDRM

LABUAN: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh penghadang besi di Jalan Bukit Besar berhampiran Simpang Bidara 57, di sini, hari ini.

Manakala sepupu mangsa cedera parah dalam kejadian jam 10.20 pagi itu.

Mangsa yang maut Muhamad Ansyahdinullah Sabarudin, 13, menunggang motosikal jenis Honda ADV, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, siasatan polis mendapati, mangsa menunggang motosikal bersama sepupunya dari arah Bulatan Taman Mutiara menuju ke arah Kampung Sungai Lada.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang besi.

“Akibat kejadian itu, mangsa terpelanting serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ahmad berkata, sepupu mangsa lelaki berusia 15 tahun patah di lutut kiri dirawat di Hospital Labuan dan dalam keadaan stabil.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Labuan dan diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Loading...
Terkini