comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lelaki lemas di pantai Batu Sapi

Anggota bomba mengusung mayat mangsa lemas di pantai Batu Sapi, Sandakan. – FOTO: Ihsan Bomba

SANDAKAN: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama beberapa rakan di pantai Batu Sapi, berdekatan Kampung Gas, petang semalam.

Mayat Mohd Amiruddin Juhardin, 16, ditemui orang awam jam 8 pagi tadi, kira-kira 30 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nizam Sainkui, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.40 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sepasukan 14 anggota dari BBP Sandakan.

“Pada jam 8 malam, SAR ditangguhkan dan disambung semula jam 6 pagi ini. Namun, pada jam 8 pagi, orang awam menemui mayat mangsa terapung sebelum dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada polis,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Loading...
Terkini