Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Remaja lelaki laku aksi Wheelie direman tiga hari

KOTA BHARU: Remaja lelaki yang menunggang motosikal dengan membuat aksi ‘Wheelie’ ditahan reman selama tiga hari.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 30 April itu dikeluarkan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu suspek berusia 17 tahun, bersama isteri, 16, tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira 9.50 pagi tadi dengan diiringi polis.

Bagaimanapun permohonan reman terhadap remaja perempuan itu yang juga pembonceng ditolak atas alasan hanya sebagai saksi pertuduhan dan perlu dibebaskan.

Foto hiasan

Sebelum ini media melaporkan sepasang remaja yang juga pasangan suami isteri berusia 16 dan 17 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi semalam.

Pasangan suami isteri itu tampil susulan video mereka menunggang motosikal sambil melakukan aksi ‘Wheelie’ dengan berpakaian baju Melayu dan berbaju kurung dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Peringat, di sini, tular sejak 25 April lalu.

Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa cuba mengesan pasangan remaja itu dan pagi semalam mereka tampil menyerah diri selepas dua hari menghilangkan diri.

Loading...
Terkini