comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lelaki hilang ketika mandi ditemui lemas

Mayat mangsa ditemui terapung pada jarak 50 meter dari persisiran pantai Kampung Tempurong, Kuala Penyu. – FOTO: NSTP/ Ihsan Bomba

KUALA PENYU: Remaja lelaki yang hilang ketika mandi di pesisir pantai Kampung Tempurong, di sini, semalam ditemui lemas pagi tadi.

Mayat mangsa, Ikhwan Haikal Kamis, 17, ditemui penduduk kampung pada jam 6.15 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata mayat mangsa ditemukan pada jarak 50 meter dari persisiran pantai berkenaan.

“Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak 50 meter dari persisiran pantai dan 400 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bomba (PKB), dalam keadaan terapung.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 8.05 pagi.

Semalam, mangsa dikatakan pergi ke lokasi di pesisir pantai Kampung Tempurong untuk aktiviti riadah mandi manda bersama dua lagi rakannnya.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang.

Dua rakannya berusia 15 dan 17 tahun ditemui selamat.

Loading...
Terkini