LUMUT: Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Teluk Senangin, di sini sejak semalam ditemui jam 5.29 petang hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, ditemui pada jarak 50 meter daripada lokasi mangsa disyaki jatuh.
“Bot bomba digunapakai di lokasi mangsa tenggelam dengan membuat beberapa pusingan dalam usaha untuk menaikkan mangsa.
“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM bertindak membuat selaman di lokasi mangsa dipercayai tenggelam.
“Mangsa kemudiannya timbul 10 meter dari lokasi selaman oleh Pasukan PPDA dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan kekuatan 49 anggota daripada pelbagai agensi serta komuniti nelayan itu ditamatkan jam 6 petang.
Terdahulu, media melaporkan remaja terbabit dipercayai hilang ditarik ombak ketika cuba menyelamatkan seorang lagi pengunjung yang hampir lemas di Pantai Teluk Senangin.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Remaja dikhuatiri lemas ketika bergadai nyawa selamatkan lelaki
- Lelaki gadai nyawa selamat tiga individu hampir lemas
- Bapa temui ajal ketika cuba selamatkan anak yang hampir lemas