comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lelaki disambar buaya ketika memancing 

Foto ihsan bomba

KUCHING: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika memancing di sungai di Samariang, di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.27 petang.

Susulan itu sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Petra Jaya) dikejarkan ke lokasi di Bandar Baru Samariang.

“Menurut komander operasi, ketika kejadian, mangsa bersama rakannya sedang memancing di sungai berdekatan Samariang Aman sebelum disambar buaya.

“Kejadian itu disaksikan oleh rakan mangsa yang bersamanya memancing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, menurut laporan rakannya, selepas disambar, reptilia itu mengheret mangsa berusia 15 tahun itu ke hulu sungai.

“Operasi mencari mangsa sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat,” katanya sambil memaklumkan identiti sebenar mangsa belum diperolehi.

Loading...
Terkini