comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lelaki 14 tahun dilapor hilang ditemukan selamat

KUALA LUMPUR: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang semasa berada dalam kawasan sekolah berasrama penuh di Cheras, di sini, kelmarin, ditemukan selamat malam tadi.

Ibunya, Nurul Shuhada Jamaludin, 38, berkata, anaknya, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, ditemukan oleh orang awam di sebuah masjid di Bandar Tun Razak, di sini, jam 10.40 malam.

“Alhamdulillah, anak saya berjaya ditemui dengan keadaan fizikalnya agak lemah. Saya difahamkan ketika Daniel ditemui, dia berseorangan di lokasi berkenaan.

“Dia sudah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk menerima rawatan. Kami belum tahu lagi apa yang berlaku terhadapnya memandangkan Daniel dalam keadaan trauma dan masih belum bercakap.

“Terima kasih atas doa semua orang yang membantu mencari Daniel sehingga dia ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan penemuan remaja berkenaan.

Semalam, Buletin TV3 melaporkan seorang remaja lelaki hilang semasa berada dalam kawasan sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras, kelmarin.

Daniel dikatakan kali terakhir dilihat di kawasan asrama pada tengah malam kelmarin sebelum disedari hilang oleh pihak sekolah apabila tidak menghadirkan diri di kelas.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini