Tumpuan :
Nasional

Remaja kini suka berdamping dengan gajet, kurang dalami ilmu agama – Jais

Pegawai Hal Ehwal Islam JAIS, Firdaus Subhi

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Kurang mendalami ilmu agama dan tidak boleh berlekang dengan gajet menjadi penyumbang jenayah sadis dalam kalangan remaja.

Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Firdaus Subhi berkata pelbagai usaha dilaksanakan pihaknya bagi membendung remaja daripada terus hanyut dalam kancah kehidupan yang melalaikan.

Jelasnya, hasil daripada pemerhatian dilaksanakan mereka, trend pembunuhan membabitkan remaja berpunca daripada kejahilan yang ada pada diri remaja itu sendiri..

“Remaja kini lebih suka berdamping dengan gajet dan tidak berminat untuk medalami ilmu agama.

“Oleh itu, pelbagai program dirangka JAIS untuk membendung gejala tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bermula di peringkat akar umbi,”katanya.

Antara program yang dilaksanakan termasuklah, Kem Remaja Duta Dakwah, Kem Smart Remaja, Program Tahsinul Solat serta beberapa program penglibatan remaja dalam komuniti seperti pembersihan kubur dan masjid,

“JAIS juga turut menyediakan pakar kaunseling kepada sekolah sekolah untuk membantu pelajar yang mempunyai maslah disiplin selain membantu mendidik tokoh remaja menjadi pelapis penghubung silaturahim dalam kalangan mereka

“Selain menyediakan program bermanfaat, tarbiah yang berterusan juga turut diberikan kepada golongan ini,” katanya.

Loading...
Terkini