MUAR: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh dekat sini yang dilaporkan hilang sejak tiga hari telah ditemui.
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa remaja berkenaan ketika dihubungi berkata, Muhammad Effzaldanish ditemui dalam keadaan selamat.
“Syukur Danish telah ditemui, Alhamdulillah” katanya ringkas.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dimana dan bagaimana remaja berkenaan ditemui.
Jelasnya, pihak polis telah membawa remaja itu ke hospital di Muar untuk pemeriksaan.
Muhammad Effzaldanish dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke sekolah, kira-kira pukul 7.10 pagi, tiga hari lalu.
Berita kehilangan Muhammad Effzaldanish tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan penemuan remaja berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.