comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air

Remaja lelaki ditemukan lemas dalam tali air di Kampung Padang Enggang, hari ini. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota ditemukan lemas selepas tergelincir ketika mandi di tali air di Kampung Padang Enggang, di sini, hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Faris Mohd Nor yang berusia 14 tahun dijumpai kira-kira lapan meter dari lokasinya tergelincir, jam 6.29 petang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim Ramli Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa mandi bersama dua rakan rakannya sebelum tergelincir ke dalam tali air.

“Kami menerima panggilan kecemasan jam 5.08 petang, dan 11 anggota dari BBP Kota Darulnaim dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi pencarian dimulakan di permukaan air dan mangsa dijumpai di dasar tali air itu,” katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk proses bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini