comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja ditemui lemas dipercayai jatuh ketika memancing

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini.

Kali terakhir remaja berkenaan dilihat sedang memancing ikan oleh seorang saksi sebelum hilang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.48 petang.

Seramai 12 anggota dari pasukan operasi balai bomba Bukit Jalil dan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian, Selain 6 anggota dari pasukan penyelamatan di air (PPDA).

Mangsa ditemui lemas pada jam 5:45 petang tadi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini