comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja dikhuatiri lemas tergelincir dari jambatan gantung

Foto: Ihsan JBPM Sabah

Oleh Safwan Sawi

TUARAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai dari jambatan gantung Telibung, Kampung Damat-Kampung Lakang, Tuaran tengah hari tadi.

Mangsa Mohd Hisham Iskandar Azli, 13 tahun sebelum itu dilaporkan berada di atas jambatan bersama lima orang rakannya sebelum tergelincir ke sungai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.38 petang.

“Menurut pemanggil mangsa bersama 5 orang rakan berada di atas jambatan gantung dan mangsa tergelincir jatuh ke dalam sungai.

“Mangsa dilaporkan berpakaian baju warna kuning dan berseluar hitam semasa kejadian tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Pasukan bomba berada di lokasi kejadian mendapatkan maklumat lanjut seterusnya menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan pinggir sungai bersama agensi bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang kampung menggunakan bot.

Unit K9 anjing pengesan dan bantuan Unit Drone D’Bayu Sabah turut digerakkan pada hari pertama SAR itu.

Operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang dan akan disambung esok pagi.

Loading...
Terkini