comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja dikhuatiri lemas ketika bergadai nyawa selamatkan lelaki

Anggota APM merekodkan butiran mangsa hilang selepas menyelamatkan seorang pengunjung lelaki di Pantai Teluk Senangin, pagi tadi. – FOTO: NSTP

LUMUT: Seorang remaja dipercayai hilang ditarik ombak ketika cuba menyelamatkan seorang lagi pengunjung yang hampir lemas di Pantai Teluk Senangin, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak dalam kenyataan, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan dengan bantuan agensi bomba dan polis serta pertolongan empat bot nelayan.

Beberapa nelayan membantu misi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas menyelamatkan seorang pengunjung lelaki di Pantai Teluk Senangin, pagi tadi.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.02 pagi tadi.

“Mangsa masih belum dijumpai dan Ops Carilamat tergendala atas faktor cuaca dan keadaan ombak.

“Bagaimanapun, komuniti nelayan sedang meneruskan pencarian dengan teknik lintang pukat,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini