SEGAMAT: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mensudut Lama, Buloh Kasap di sini, petang tadi.
Mangsa, Muhammad Idham Abd.Kadir, 14, mandi di tempat kejadian bersama beberapa rakan sebelum hilang dipercayai lemas.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat , Pegawai Kanan Bomba I (PBK I) Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.40 petang tadi.
Katanya, seramai enam anggota BBP Segamat bersama sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) digerakkan ke lokasi.
Sehingga jam 7.30 malam, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari masih diteruskan meskipun dalam keadaan hujan dan cuaca gelap.
“Kita sudah melakukan pencarian di permukaan dan akan teruskan lagi pencarian.
“Kedalaman sungai adalah dianggarkan melebihi lima meter,” katanya.