Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Remaja 14 tahun maut digilis lori simen

 

ARAU: Seorang pelajar Tingkatan Dua maut akibat digilis lori simen selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar kenderaan berkenaan di Guar Nangka.

Ketika kejadian jam 4.20 petang semalam, mangsa Aphisith E Wang, 14, dari arah Panggas menuju ke Kok Klang, Chuping.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata sebuah treler dari arah sama turut menuju ke Kok Klang.

Seorang pelajar maut digilis treler simen di persimpangan Jalan Guar nangka-Kok Klang di Arau. – FOTO: NSTP

“Tiba di sebuah simpang tiga Jalan Guar Nangka berhampiran Pusat Koreksional Perlis, lori berkenaan membelok ke kiri menuju ke Kok Klang dan mangsa dipercayai berada di sebelah kiri lori berkenaan gagal mengawal motosikalnya menyebabkannya melanggar penjuru kiri hadapan treler itu.

“Impak rempuhan menyebabkan mangsa terjatuh dan terperosok bawah lori sebelum digilis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa yang tinggal di Kampung Siam, Guar Nangka meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini