Tumpuan :
Nasional

Remaja 14 tahun hilang di Cameron Highlands

Seorang remaja, Tan Joon Tien berusia 14 tahun dilaporkan hilang daripada sebuah asrama yang dihuninya di sini pada 28 Disember 2024. FOTO IHSAN KELUARGA

CAMERON HIGHLANDS: Seorang remaja dilaporkan hilang daripada asrama yang dihuninya dekat sini pada 28 Disember lalu.

Ibunya dikenali sebagai Sarina memaklumkan, Tan Joon Tien, 14, dipercayai bersama lima orang lagi serta seorang ‘guru agamanya’ menginap di asrama di situ sejak Oktober lepas.

“Anak saya bersama lima orang dan guru agamanya pergi ke tanah tinggi Cameron Highlands untuk menghadiri upacara keagamaan Buddha.

“Anak saya tidak tinggal bersama saya kerana dia duduk bersama ‘guru agamanya’ dan tidak mengetahui bila tarikh sebenar anak saya berangkat ke sana (Cameron Highlands),” katanya ketika dihubungi di Jinjang Utara, hari ini.

Menurut Sarina, anaknya sihat fizikal dan mental tanpa sebarang masalah dan kali terakhir berkepala botak.

Beliau berharap, sesiapa mempunyai sebarang maklumat mengenai Joon Tien boleh menghubungi balai polis berdekatan dengan segera.

Sementara itu, Superintendan Azri Ramli mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja terbabit di Balai Polis Brinchang pada 29 Disember lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini