comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja 13 tahun dilapor hilang sejak semalam

Remaja lelaki, Alieff Raykal Abdul Rahim, yang dilaporkan hilang sejak semalam. -FOTO: Ihsan Polis

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah sejak semalam.

Menerusi laman sosial Facebook (FB) Polis Kota Setar, Alieff Raykal Abdul Rahim, mempunyai tinggi 162 sentimeter (sm) dan berat 40 kilogram (kg).

Remaja itu turut mempunyai tahi lalat di muka kiri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat 013-9630772 (Sarjan Syahidah).

Maklumat juga boleh disalurkan melalui talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7747222 atau hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di talian 04-7741222.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini