comscore
Tumpuan :
Nasional

Rekaan vape mirip alat tulis, cetus kebimbangan ibu bapa

FOTO: Public Health Malaysia / Facebook

SHAH ALAM: Peranti vape kini boleh diperoleh dalam bentuk yang direka mirip alat tulis seperti pen penanda dan gam.

Platform kesihatan awam dalam talian, Public Health Malaysia (PHM) melalui satu hantaran di Facebook l mengeluarkan amaran terhadap orang ramai terutama ibu bapa dan guru supaya lebih berhati-hati terhadap rekaan terkini vape.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 3 Oktober lalu, PHM berkongsi pelbagai rekaan vape menyerupai alat tulis seperti pen penanda dan gam.

Ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan mereka terhadap rekaan ini, yang dilihat berpotensi menarik minat pelajar untuk membelinya.

FOTO: Public Health Malaysia / Facebook

“Ibu bapa dan guru diminta untuk sentiasa berjaga-jaga mengenai rekaan vape ini.

“Pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti pen penanda atau gam UHU, malah ada juga rekaan yang menyerupai pensel 2B,” kata PHM.

Isu ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, dengan ramai yang percaya ia mampu menyumbang kepada penurunan nilai murni dalam generasi muda dan pelajar sekolah.

Tambahan pula, terdapat kebimbangan yang meningkat bahawa rekaan ini berpotensi menarik lebih ramai pengguna vape baharu, terutamanya dalam kalangan pelajar.

Loading...
Terkini