comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Rehat dulu, dah lama kerja” – Dr Noor Hisham

 

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: ‘Rehat dulu, dah lama kerja’.

Itu jawapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila ditanya perancangannya selepas bersara wajib, Jumaat ini.

Beliau telah menabur bakti dalam bidang perubatan selama 35 tahun dan menjawat sebagai Ketua Pengarah sejak 2013.

“Saya ucapkan terima kasih kepada menteri dan Kementerian Kesihatan (KKM). 10 tahun (saya) berkhidmat sebagai Ketua Pengarah,” katanya yang ditemui di perkarangan luar bangunan KKM di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengimbas keluar kad perakam waktu pada hari terakhir bertugas sebagai Ketua Pengarah dalam majlis ringkas di lobi KKM.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalannya, Lukanisman Awang Sauni.

Lobi KKM juga dikerumuni pegawai kementerian dan petugas media yang turut mengambil peluang bergambar kenang-kenangan.

Sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlangnya, Dr Noor Hisham antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik COVID-19.

Malah, beliau juga dianggap ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. COVID-19 pun dah berkurangan dan kita dapat mengawal dengan baik. Memang saya menunggu nak bersara ini,” katanya.

Loading...
Terkini