Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rebut ganjaran istimewa dengan Kad Debit AGRO-i sempena Hari Wanita

Tengku Ahmad Badli (tengah) bersama kakitangan Agrobank ketika mengunjungi Balai Berita Bangsar sempena sambutan Hari Wanita.

KUALA LUMPUR: Agrobank menawarkan ganjaran istimewa sempena sambutan Hari Wanita 2025 menerusi kempen Raikan Wanita dengan Kad Debit AGRO-i.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, dengan setiap pembelanjaan minimum sebanyak RM50 melalui fungsi ‘tap’, pelanggan akan menerima 15 peratus ganjaran tunai terus ke dalam akaun.

“Tawaran istimewa ini terbuka kepada semua wanita berusia 18 tahun ke atas yang memiliki Kad Debit AGRO-i.

“Kempen akan berlangsung selama lima hari bermula esok (8 Mac) sehingga 12 Mac 2025,” katanya ketika ditemui di Balai Berita Bangsar, hari ini.

Terdahulu, sempena meraikan hari wanita, Agrobank menyantuni kakitangan Media Prima Berhad menerusi pemberian kek berwarna merah jambu.

Selain kempen Raikan Wanita dengan Kad Debit AGRO-i, Agrobank turut menawarkan pinjaman mikro kepada usahawan wanita dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 mengikut syarat dan terma yang ditetapkan.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Agrobank, Intan Syazwani Isa (lima kiri) menyantuni kakitangan Media Prima Berhad menerusi pemberian kek sempena Hari Wanita di Balai Berita Bangsar. – FOTO: NSTP

Produk lain yang ditawarkan khusus buat kaum Hawa termasuk Akaun Simpanan Agro Farah-i yang membolehkan pemegang akaun menerima insentif tambahan berbentuk bonus bulanan sebanyak 50 peratus hasil jumlah keuntungan yang dikreditkan ke dalam akaun suami dan anak-anak.

Untuk maklumat lanjut, layari www.agrobank.com.my

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini