comscore
Tumpuan :
Nasional

Rebus hingga 72 jam, Ikan Pindang Daun Seniar makanan warisan Perak

PETALING JAYA: Makanan warisan di Perak, Ikan Pindang Daun Seniar mengambil masa dua ke tiga hari untuk dimasak.

Meskipun juadah ini semakin hilang ditelan masa, masakan ini masih menjadi antara makanan popular masyarakat setempat antaranya di Lenggong.

Penyediaan masakan unik ini bermula dengan ikan sungai diperap dengan bahan perapan seperti serai, daun kesum, bunga kantan, bawang merah, cili padi, halia dan lengkuas.

Ikan kemudiannya dibalut dengan daun seniar dan diikat sebelum direbus sehingga 72 jam agar bahan perapan meresap sempurna dan tulang ikan menjadi lembut.

Ikan yang siap direbus boleh terus dimakan atau dimasak dengan menggunakan santan.

Foto hiasan

Di Melaka pula, sebuah kapal layar kayu tradisional Cina terbesar di dunia iaitu ‘Fu Ning’ berlabuh selama seminggu di Pelabuhan Tanjung Bruas, Tanjung Kling, bermula 1 Mei lalu.

Kapal layar berukuran 41.6 meter (m) panjang, 12m lebar dan mempunyai ketinggian tiang utama 29m itu adalah aspirasi pemilik kapal Lin Chang Jiu untuk menghormati pencapaian Laksamana Cheng Ho dan menjejaki semula laluannya di sepanjang Jalan Sutera Maritim.

Menurut jurucakap Fu Ning, Linda Ye, pemilik kapal yang juga majikannya pernah datang ke Melaka dan ternampak bangkai kapal utama milik Laksamana Zheng He (Cheng Ho).

Sejak itu Lin Chang Jiu berhasrat melabuhkan Fu Ning di Melaka bagi mengikut jejak Zheng He.

Fu Ning telah mengambil masa 3 tahun untuk siap sepenuh pembinaannya.

Pelayaran kali ini juga adalah yang pertama dan bermula dari China, sebelum merentasi Vietnam, Kemboja, Malaysia, dan Singapura.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘Ikan Pindang Daun Seniar’ dan ‘Kapal Layar Tradisional Terbesar Dunia’, saksikan Majalah 3 pada jam 9 malam ini di TV3.

Langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh Majalah 3 di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini