comscore
Tumpuan :
Nasional

Rebah ketika ingin menunaikan solat raya, wanita warga emas maut

Foto hiasan

PADANG TERAP: Hasrat seorang wanita warga emas untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri tidak kesampaian setelah dia rebah di Masjid Tandop Besar, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, wanita berusia 75 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar. – FOTO: NSTP

Sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan wanita terbabit telah meninggal dunia.

“Berdasarkan keterangan anaknya, mangsa dikatakan mempunyai rekod sakit jantung dan kematiannya tidak membabitkan sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mulkiaman menambah jenazah mangsa akan dikebumikan hari ini

Loading...
Terkini