Tumpuan :
Nasional

RCI Pulau Batu Puteh: 47 muka surat dipadamkan kerana babitkan kedaulatan negara

Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: 47 muka surat yang dipadamkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, membabitkan kedaulatan negara.

Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau terlebih dahulu menerima laporan itu dan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

“Oleh kerana kita ada Peraturan Mesyuarat 27 (3) Usul-Usul Menteri, dan saya juga tanya menteri benda-benda yang dihitamkan ini. Ia melibatkan kedaulatan, sensitiviti dan yang mungkin Yang Berhormat (YB) boleh bertanya dalam dewan tetapi tidak dicetak demi menjaga kemaslahan politik dan keselamatan negara.

“Jadi untuk itu, YB boleh bertanya di dewan ini, tanya menteri tak ada masalah. Cuma tidak dalam bentuk hitam putih,” katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta penjelasan daripada Johari mengenai buku laporan setebal 217 muka surat itu yang mana 47 muka surat telah dipadamkan.

Takiyuddin mendakwa, ia menjadikan laporan itu cacat disebabkan beberapa muka surat telah dipadamkan.

Ketika ini perbahasan berhubung usul itu masih berlangsung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini