Tumpuan :
Nasional

Rayuan Titah Adendum: Keputusan 2-1 buktikan Institusi Kehakiman yang bebas – Shafee

Peguam Kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini yang membenarkan rayuan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkait titah Adendum membuktikan Institusi Kehakiman yang bebas di negara ini.

Menurut Peguam Kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ia memadai bagi pihaknya membawa kes itu ke peringkat substantif di Mahkamah Tinggi seperti dibenarkan hari ini.

“Majoriti dah buat keputusan bahawa kita cukup kes untuk kita teruskan ke peringkat substantif sebelum prosiding di Mahkamah Tinggi.

“13 Januari mahkamah tetapkan sebagai pengurusan kes dengan hakim baharu, dan kita akan memohon pendengaran kes secepat mungkin sebab sekarang sudah satu tahun Datuk Seri Najib tidak mendapat sebarang faedah daripada adendum terbabit,” jelasnya.

Tambah Muhammad Shafee, keputusan panel hakim itu juga membuktikan kewujudan titah adendum tidak boleh diabaikan.

“Keputusan hakim majoriti memaklumkan mereka tidak boleh abaikan kewujudan titah adendum itu atas beberapa sebab.

“Sebab kami telah mengemukakan bukti tambahan, dan bukti tambahan ini selain bukti pertama dan kedua.

“Peguam Negara tidak pernah menafikan titah adendum ini dalam afivadit mereka, juga tidak menjawab,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini