comscore
Tumpuan :
Nasional

Raymond seorang yang pemurah, disenangi rakan sekerja

Raymond bersama sahabat-sahabat di Media Prima, handal bermain sukan Bowling.

PETALING JAYA: Muhammad Zaman Goh Abdullah atau Raymond Goh yang dikenali sebagai penyampai berita bersuara emas telah berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran.

Allahyarham telah memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di Seven O’clock News sebelum beralih kepada Nightline di TV3, dilahirkan pada 27 Mei 1961 di Pulau Pinang.

Artikel berkaitan: Raymond Goh bak permata dalam bidang penyampaian berita – Ras Adiba

Seorang yang sangat berpengalaman dan menjadi jurulatih untuk pengucapan termasuk kepada kakitangan kerajaan dan korporat, Allahyarham juga disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam tugasan dan tidak lokek berkongsi ilmu.

Artikel berkaitan: Allahyarham seorang yang sangat baik – rakan Raymond Goh

Penyertaannya dalam kempen #BacaBeritaChallenge
TV3 melalui platform TikTok baru-baru ini juga menarik perhatian warga maya, yang merindukan suara ’emas’ Raymond.

Kali terakhir Allahyarham menyampaikan berita ialah pada 23 Ogos lalu.

Selain berbakat dalam dunia penyiaran, Allahyarham turut aktif dan handal dalam sukan bowling.

Pada 31 Mac 2003, Allahyarham telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah.

Loading...
Terkini