comscore
Tumpuan :
Nasional

Rawatan Rehabilitasi Parkinson Percuma Buat Veteran ATM

Hospital ReGen Rehab

KUALA LUMPUR: Hospital ReGen Rehab menerusi inisiatif #MyParkinsonsPartner akan memberikan rawatan rehabilitasi parkinson secara percuma, kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia bermula 16 Sept hingga 15 Dis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital ReGen Rehab Hanafi Salehuddin berkata inisiatif itu yang bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia, bertujuan memberi penghormatan kepada golongan veteran yang disifatkan sebagai wira barisan hadapan negara.

“Kami ingin memainkan peranan kami untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan yang selayaknya diterima mereka, dengan menghulur tangan kepada pesakit Parkinson untuk membantu mereka berdikari dan kembali kepada keadaan fizikal terbaik.

“Menerusi rehabilitasi yang terkhusus, terselaras dan tersesuai, kami ingin menyokong golongan veteran yang menghidap penyakit Parkinson, dengan membantu mereka terus berdikari seberapa lama yang boleh, lantas memulihkan kesihatan dan membina semula kehidupan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Inisiatif berkenaan juga merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hospital ReGen Rehab, yang juga merupakan hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia berlesen dengan Kementerian Kesihatan. – BERNAMA

Loading...
Terkini