comscore
Tumpuan :
Nasional

Rasuah: Dua lagi pegawai Imigresen Pahang ditahan

FOTO: NSTP

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Kedua-dua suspek dipercayai menerima suapan itu daripada pemilik pusat-pusat urut di sebuah daerah di Pahang bagi mempercepatkan proses pembaharuan permit kerja untuk pekerja warga asing.

Artikel berkaitan:
Ketua Polis Daerah ditahan terima rasuah lebih RM1 juta

Rasuah: Dua inspektor dan seorang koperal ditahan

Difahamkan pegawai imigresen terbabit berusia 41 dan 49 tahun ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM Pahang di sini petang tadi.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim.

Katanya, dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Semalam, seorang pegawai JIM Pahang berusia 37 tahun ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lebih RM500,000 daripada pemilik pusat hiburan, pusat urut, pemilik kebun dan pemilik kilang kayu di sebuah daerah di negeri ini.

Kegiatan itu dipercayai dilakukan antara 2018 dan 2022.

Suapan itu dikatakan sebagai imbuhan kerana melindungi pekerja asing tidak mempunyai permit kerja sah daripada dikenakan tindakan oleh JIM.

Suspek terbabit disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan antara RM300 dan RM3,000 dengan anggaran keseluruhan suapan diterima mencecah RM500,000.

Loading...
Terkini