comscore
Tumpuan :
Nasional

Rasuah: Dua inspektor dan seorang koperal ditahan

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim.

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan dua inspektor dan seorang berpangkat koperal bagi membantu siasatan kes seorang ketua polis daerah di Pahang menerima suapan lebih RM1 juta.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan.

Mengikut laporan awal, suspek utama itu yang ditahan pada Selasa lalu disyaki menerima rasuah secara bulanan antara RM20,000 dan RM50,000.

Suapan itu dilaporkan diterima sejak 2017 hingga 2022.

Difahamkan bayaran bulanan itu bagi melindungi kegiatan pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya daripada dikenakan tindakan oleh pihak penguatkuasa.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan terbaharu itu.

Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini