KUALA LUMPUR: Fatihah Salahuddin, anak perempuan kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, meluahkan rasa sebaknya apabila hadir ke Parlimen bagi mencabut plak nama ayahnya.
“Saya memakai baju kemeja putih ayah hari ini ke Parlimen untuk mencabut plat nama ayah di Dewan Rakyat.
@buletintv3Fatihah Salahuddin, anak perempuan kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub meluahkan rasa sebaknya apabila hadir ke Parlimen bagi mencabut plak nama ayahnya. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #SalahuddinAyub #PlakNama #Parlimen #Fatihah♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
“Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam dewan, jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.
“Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk memenangkan ayah di Parlimen Pulai,” katanya menerusi perkongsian di Facebook miliknya.
Artikel berkaitan: Mesyuarat Kabinet tanpa Salahuddin, KSN kongsi suasana sayu
Menurut Fatihah, Parlimen telah menjadi satu keluarga besar buat arwah ayahnya dan allahyarham telah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (2004-2013) dan Ahli Parlimen Pulai (2018-2023).
“Secara peribadi, Parlimen adalah keluarga besar buat saya. Saya berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sebagai Setiausaha Sulit Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof 2018-2020.
“Kemudian, berkhidmat dengan ayahanda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022,” katanya.
Artikel berkaitan: Pesanan terakhir Salahuddin: “Semua yang ada hanyalah sementara”
Jelasnya, sepanjang tempoh terbabit, beliau diberikan kepercayaan oleh bapanya untuk menguruskan segala hal ehwal Parlimen daripada menyediakan soalan-soalan bagi pertanyaan jawab lisan sehinggalah membuat usul.
“Bagi pihak ayah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Parlimen Malaysia yang selama ini memberikan perkhidmatan terbaik buat ayah. Tidak terbalas jasa baik kalian.
“Sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua, kerusi ini adalah milik rakyat. Datangnya daripada mandat rakyat, pulangnya kepada rakyat yang bakal memilih dan memberi mandat,” katanya.
Terdahulu, Salahuddin disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, 23 Julai lalu.