comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Raptai Hari Kebangsaan, persembahan menarik sepanjang laluan perarakan

Oleh Aslina Abu Bakar

PUTRAJAYA: Persiapan persembahan dan perarakan sempena sambutan hari kebangsaan di Dataran Putrajaya, di sini, Sabtu ini sudah siap 75 peratus.

Pelbagai kemudahan turut ditambah baik demi keselesaan 100,000 pengunjung.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris berkata, tiga segmen persembahan memeriahkan sambutan tahun ini antaranya persembahan Band Formasi, Persembahan Tempur Tanpa Senjata dan persembahan Khas Cuci Rasuah dalam Medley Malaysia Madani.

“Sambutan berteraskan kebersamaan Malaysia yang diterjemah dalam Interpretasi Jiwa Merdeka melibatkan lebih 17,000 peserta terdiri daripada 59 kontinjen dan 25 pasukan pancaragam.

” Selain itu, hampir 600 aset termasuk persembahan udara dan 5 kereta berhias akan turut beraksi,” katanya.

Menurutnya lagi sebanyak 8,000 tempat duduk bertingkat dan 140 gerai makan serta pengangkutan disediakan bagi memudahkan pengunjung.

“Sepanjang perarakan nanti, sebanyak 14 skrin gergasi dipasang di sepanjang laluan perarakan dengan jarak kira-kira 5 kilometer,”katanya.

Menurutnya lagi penyertaan 2,500 individu dari JKKN dan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam persembahan khas cuci rasuah dijangka menarik perhatian pengunjung pada 31 ogos ini yang mana ia bertujuan melahirkan jiwa merdeka dalam diri anak muda yang bencikan rasuah.

Perarakan daripada kontinjen Malaysia Madani yang terdiri daripada pelbagai kaum juga akan ditonjolkan buat pertama kalinya selain persembahan itu turut diserikan dengan perarakan naga dan merak diiringi kumpulan pergendangan kontinjen tradisional.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini