comscore
Tumpuan :
Nasional

Rangkaian Televisyen Media Prima ungguli enam anugerah ASA 2022

 

Dari kiri, Norfaiza Mohd Kamal, Nurul Farah’ain Nordin, Azliyanti Ib-berahim, Mohammad Izuan Munshid, Tuan Nazraifife Tuan Abd Rahman, Ahmad Shahrul Osman.

PUTRAJAYA: Rangkaian Televisyen Media Prima merangkul enam anugerah terbaik pada Malam Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) menerusi kategori televisyen dan media baharu, pada malam pertama penyampaian anugerah berprestij berkenaan.

Majlis dianjurkan secara secara gilang-gemilang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Bagi kategori Media Baharu, Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik dimenangi YouTube Buletin TV3 menerusi karya Nurul Farah’ain Nordin dan Norfaiza Mohd Kamal.

Sementara bagi anugerah Bicarawara TV Terbaik pula dimenangi penerbit, Azliyanti Ib-berahim menerusi program terbitannya, ‘Eksklusif TV3: Lambaian Tidak Kesampaian’.

Unit Grafik Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Berhad menerusi Muhammad Aqil Aiman Mohd Salleh turut merangkul anugerah Grafik TV Terbaik menerusi program Imbauan 2020 Berita TV9.

Tiga lagi kategori yang berjaya dimenangi Media Prima Berhad ialah Kesan Khas TV Terbaik, Halaqah 2021 oleh Tuan Nazraifife Tuan Abd Rahman; Promo TV Terbaik, Lagu Cinta Kita 3 oleh Ahmad Shahrul Osman dan Set TV Terbaik, Halaqah 2020 menerusi Mohammad Izuan Munshid.

Anugerah Khas Juri diberikan kepada Ahmad Noor Sulaiman bagi program Halaqah bertajuk Bencana, Muhasabahkah kita? terbitan TV3.

Anugerah Seri Angkasa, ASA 2022 diteruskan lagi buat malam kedua pada malam in dengan beberapa kategori utama bakal menjadi tumpuan dalam malam yang bertemakan ‘Kemuncak Kecemerlangan’.

Loading...
Terkini