comscore
Tumpuan :
Nasional

Rangka subsidi bersasar berasaskan pendapatan isi rumah

Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka pendekatan subsidi secara bersasar dengan menjadikan pendapatan boleh belanja isi rumah sebagai asas utama.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, melaluinya kerajaan tidak lagi melihat kepada asas pendapatan isi rumah semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira beberapa faktor dalam menentukan pendapatan boleh belanja.

“Semakan ini akan mengambil kira perubahan struktur pendapatan dan perbelanjaan, kos sara hidup, kuasa beli, demografi serta lokasi isi rumah, supaya lebih tepat untuk kita tentukan kerana T20 di satu tempat, mungkin M40 di tempat lain.

“Kategori kumpulan pendapatan isi rumah yang baharu akan memantapkan lagi penggubalan dasar dan menambah baik penyampaian perkhidmatan,” katanya pada sesi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai pecahan terkini garis pendapatan rakyat Malaysia dan langkah yang diambil kerajaan bagi membantu golongan M40, yang dikatakan kini menjadi M70.

Rafizi berkata, ketika ini, isi rumah Malaysia dikelaskan kepada tiga kategori kumpulan pendapatan utama, iaitu B40, yang berpendapatan bulanan kurang RM4,850, meliputi 2.91 juta isi rumah; M40, yang berpendapatan bulanan antara RM4,850 dan RM10,959, meliputi 2.91 juta isi rumah serta T20, yang berpendapatan bulanan RM10,960 dan ke atas, meliputi 1.46 juta isi rumah.

Loading...
Terkini