KUANTAN: Satu rangka manusia ditemukan di tepi pantai Kuala Sungai Badong Merchong, Nenasi di Pekan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, rangka terbabit ditemui nelayan kira-kira 7 malam sebelum dilapor kepada polis.
Katanya, semakan dilakukan dengan ketua kampung dan penduduk kawasan Badong, Merchong dan Nenasi mendapati tiada kes orang hilang.
“Justeru, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Othman Mohammad di talian 012-9886155 untuk proses padanan DNA,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.