Tumpuan :
Nasional

Ranau sekali lagi dilanda gempa bumi lemah 3.1 skala Richter

FOTO: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ranau.

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 10.01 pagi tadi.

Semalam, daerah itu turut dilanda gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter pada pukul 2.56 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi hari ini berlaku di 14 kilometer barat Ranau.

Menurut kenyataan itu, gempa bumi lemah pada kedalaman 10 kilometer itu dipercayai mengakibatkan gegaran di daerah Ranau.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya sedia maklum perkara tersebut dan setakat ini tiada kejadian yang tidak diingin dilaporkan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini