comscore
Tumpuan :
Nasional

Ramuan untuk produk juga perlu bahan halal – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Industri halal Malaysia ketika ini hanya tertumpu kepada sektor makanan dan minuman (F&B), sedangkan permintaan produk halal, termasuk di peringkat antarabangsa meliputi banyak aspek.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara produk halal yang mendapat permintaan tinggi ialah dalam bidang perubatan, selain ramuan untuk penghasilan produk.

“Dalam industri halal, malang sekali, hanya sektor F&B saja yang menjadi tumpuan. Untuk ke peringkat antarabangsa, kita harus usahakan supaya aspek lain dilakukan, seperti vaksin dan paling penting, penyediaan bahan ramuan kepada produk berkaitan halal di peringkat antarabangsa.

“Serai dan lengkuas, umpamanya atau bahan herba sangat diperlukan di peringkat antarabangsa untuk keluaran kosmetik dan bahan lain. Namun, kita lihat usaha sudah dilakukan tetapi kecil-kecilan.

“Justeru, Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi dengan pihak negeri, industri dan agensi lain supaya tanah terbiar dan kurang digunakan dapat ditanam dan mengeluarkan ramuan diperlukan bagi pengeluaran produk halal di peringkat antarabangsa,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai pencapaian Taman Industri Halal di Malaysia, selain syarikat antarabangsa yang dilihat tidak mengambil kesempatan untuk mengguna-pakai pengiktirafan halal Malaysia untuk produk mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini