comscore
Tumpuan :
Nasional

Rampasan daun, cecair ketum dilupus

Foto: PDRM

Oleh: Selwam Arjunan

ARAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Perlis, melupuskan daun dan cecair ketum seberat lebih 3,500 kilogram (kg) yang dirampas dalam serbuan dan tangkapan sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, barangan rampasan berkenaan dilupuskan di tapak IPD jam 10 pagi tadi.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Arau telah melaksanakan pelupusan barang kes ketum secara tanam timbus yang melibatkan 2,193 kg  daun ketum.

“Turut dilupuskan adalah 1,483 liter cecair ketum.

“Pelupusan ini melibatkan barang kes ketum bernilai anggaran RM36,760” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya, semua barangan kes yang dilupuskan telah selesai dianalisis oleh Jabatan Kimia dan selesai proses perundangan melibatkan 130 kertas siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini