KUALA LUMPUR: Konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menjanjikan hiburan luar biasa Ahad ini, dengan jangkaan persembahan penuh tenaga dan emosi daripada peserta dan penyanyi jemputan.
Episod esok bakal menampilkan persembahan pembukaan oleh penyanyi yang sedang tular dengan lagu Angkat, Mimifly.
Tidak ketinggalan, Marygrace, peserta Terpaling Fizz minggu lalu, akan bergandingan dengan legenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip menerusi persembahan dua lagu ikonik, Doa Buat Kekasih dan Nyanyian Serambi.
Selain barisan juri tetap, Cakra Khan, Datuk Yusry, dan Ziana Zain, episod kali ini turut menampilkan Hael Husaini sebagai juri undangan.
Sementara itu, cabaran minggu ini mengetengahkan tema ‘Sinergi Muzik’, yang menuntut peserta menyampaikan dua lagu.
Berikut merupakan senarai ‘Top 8’ dan lagu tugasan mereka:
Rezza Shah: Kembali Merindu dan Seragam Hitam
Mariam: Sutera dan Gila
Alya Mardien: Bukan Lagi Kita dan Jangan Mati Rasa Itu
Kai Deva: Jangan Khianati Aku dan Relakan Jiwa
Zazleen: Gelombang dan Suatu Masa
Marygrace, Datuk Ramli Sarip: Doa Buat Kekasih dan Nyanyian Serambi
Jimi: Senggol Senggolan dan Drama King
Eylia Guntabid: Peluang Kedua dan Seandainya Masih Ada Cinta
Keputusan minggu ini ditentukan melalui gabungan 60 peratus markah juri dan 40 peratus undian penonton.
Penonton boleh menyokong peserta kegemaran melalui pendaftaran baharu di Tonton (10 undian percuma), pengguna Tonton sedia ada (10 undian percuma mingguan), pembelian produk Calpis di Shopee (50 undian tambahan per pembelian).
Penonton juga boleh mengikuti diari harian peserta menerusi Fizz Journal, yang bersiaran hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam.
Saksikan Konsert Minggu Keempat CSOIAM secara langsung jam 9 malam di TV3 atau strim dalam HD di aplikasi Tonton. Ikuti juga perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dengan hashtag #OIAM untuk menyertai fenomena muzik luar biasa ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.