Tumpuan :
Nasional

Ramalan hujan lebat, ribut petir di ibu negara, Melaka dan Pulau Pinang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal melanda ibu negara selain seluruh Pulau Pinang dan Melaka sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memberitahu keadaan cuaca itu turut diramal berlaku di beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Katanya, di Kedah membabitkan daerah Kulim dan Bandar Baharu;Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim); selain Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong di Pahang.

“Di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat manakala Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau).

“Ramalan cuaca sama dikeluarkan bagi Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Limbang di Sarawak selain kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat di Sabah,” katanya.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini serta sahih.

Loading...
Terkini