comscore
Tumpuan :
Nasional

Ramai rakan artis ziarah Rohana Jalil

PETALING JAYA: Ramai artis menziarahi penyanyi popular era 1980-an Rohana Jalil siang tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaya.

Buletin TV3 dimaklumkan antara yang menjenguk penyanyi itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Nash, Datuk Khadijah Ibrahim, Haiza, Ramlah Ram dan Elly Mazlein.

Menurut pengurus penyanyi itu Jepun, pelawat dibenarkan menjenguk keadaan Rohana ketika ini.

Bagaimanapun kata Jepun, pihak hospital tidak membenarkan terlalu ramai pelawat pada satu masa untuk menjenguk Rohana nama sebenarnya Dara Abdul Jalil 68 tahun.

Menurut doktor, jantung Rohana boleh berhenti pada bila-bila masa memandangkan keadaannya yang tidak kuat melawan penyakit dihidapi.

Setakat ini, penyanyi Rayuanku itu masih boleh memberikan respon dan mempunyai memori dan pendengaran yang masih baik.

Media sebelum ini melaporkan Rohana dimasukkan ke hospital itu pada 18 April lalu kerana mengalami kebocoran usus.

Juara Bintang RTM 1980 itu menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkesempatan menziarahinya pada 23 April lalu.

Loading...
Terkini