Tumpuan :
Nasional

Ramai ahli Parlimen sudah isytihar harta – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Oleh: Vinsla Santiran

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata tidak timbul isu ahli politik perlu mengisytiharkan harta mereka terlebih dahulu daripada penjawat awam.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata beliau juga telah mengisytiharkan hartanya sebelum ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, yang mempersoalkan cadangan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, untuk mewajibkan penjawat awam mengisytiharkan aset terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kepada ahli politik.

Beliau berkata bagaimanapun setiap ahli Parlimen mempunyai hak bersuara dan menyatakan pandangan masing-masing.

”Sebenarnya ramai ahli Parlimen sudah isytihar aset mereka, apatah saya sendiri sudah declare (isytihar) sebelum ini, dan itu tidak menjadi isu.

”Perbincangan mungkin dalam konteks apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Subang berkait penjawat awam itu adalah pandangan MP Subang itu sendiri,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Peduli Ummah, di sini hari ini.

Fahmi berkata, pendirian Kian Ming mengenai perkara itu juga harus dilihat sebagai hanya pendapat sendirinya.

Ditanya sama ada kabinet akan menyenaraikan mereka yang mengisytiharkan harta, beliau berkata perkara itu belum dibincangkan lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini