Oleh: Juliana Sharin
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan RM1 juta sumbangan awal untuk rakyat Palestin di Gaza.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata bantuan kemanusiaan dari rakyat Malaysia itu diperolehi dari dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Sumbangan akan disampaikan kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.
“Ini menunjukan komitmen berterusan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin dalam apa jua cara dan kaedah terbaik untuk meringankan beban mereka” katanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin mengenai langkah yang diambil kerajaan Malaysia dalam membantu mangsa di Gaza, Palestin berikutan sekatan oleh Israel terhadap bekalan keperluan asas seperti elektrik, makanan, air dan gas.
Laporan lanjut menyusul…