Oleh: Aslina Abu Bakar
JOHOR BAHRU: Keperibadian Sultan Ibrahim sentiasa menawan hati rakyat terutamanya di negeri Johor.
Sifat kepimpinan dan ketokohan itu telah menjadikan baginda seorang sultan yang amat disenangi dan disayangi.
Malah, sejak dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 januari 2010, Sultan Ibrahim tetap meneruskan legasi baginda dengan pelbagai program menyantuni rakyat.
Justeru, apabila baginda bersemayam di singgahsana persekutuan, ia menjadi satu perkara yang sangat dibanggakan.
Tidak pernah meletakkan kedudukan baginda sebagai penghalang untuk mendekati rakyat, pelbagai sumbangan dan bantuan disalurkan kepada yang memerlukan terutamanya melalui Yayasan Sultan Ibrahim yang ditubuhkan di-bawah naungan baginda sendiri.
Ketua Eksekutif Yayasan Sultan Ibrahimm, Mohd Anizam Jamian berkata, Tuanku merupakan Sultan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyatnya.
“Tuanku walau dalam keadaan penat, tetapi beliau tetap bersungguh-sungguh untuk berjumpa dengan rakyat diseluruh pelusuk
negeri Johor.
“Daripada situ, kita nampak jiwa dan semangat tuanku untuk membantu rakyat sangat sangat tinggi,” katanya.
Bagi 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kenangan menerima sebuah kereta setiap seorang sebagai tanda penghargaan adalah memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Penyelia Jururawat Hospital Sultanah Aminah, Rokiah Samin berkata, dia mengenali tuanku sejak sekian lama.
“Sepanjang berkhidmat bersama tuanku, Baginda merupakan Sultan yang mesra rakyat, dan seorang yang amat pemurah
“Lebih menggembirakan kami apabila pada tanggal september 2020 saya bersama 10 jururawat yang lain telah dikurniakan seorang sebuah kereta Perodua Myvi,” katanya.
Begitu juga melalui Program Kembara Mahkota Johor.
Sejak 2001 lagi, 10 daerah di negeri ini dijelajahi Sultan Ibrahim yang turut disertai kaum kerabat baginda.
Tidak terhenti di situ, sifat baginda yang sering berkunjung ke warung, kopitiam mahupun kedai makan bagi menikmati santapan mengusik jiwa rakyat.
Pembantu Kedai Makan, Asyraf Abdullah berkata, baginda sering mengunjugi kedai makan dekat bandar Johor tempatnya bekerja.
“Orangnya sangat sangat berbaik hati , tak sombong, orangnya low profile datang pun macam orang biasa je makan.
“Baginda kalau datang ke sini, baginda akan pesan menu-menu seperti kopi O kosong, sandwich, chicken cop dan roti tos butter kaya.
Malah baginda selalu akan belanja semua pelanggan yang ada kat sini untuk makan bersama-sama,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa