Tumpuan :
Nasional

Rakaman keterangan Vivy, Fadzaruddin disambung esok

Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar. – FOTO: Ihsan Instagram Vivy Yusof

PUTRAJAYA: Proses mengambil keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bersambung pagi esok.

Menurut sumber, proses rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Esok akan sambung ambil keterangan jam 10 pagi,” katanya.

Setakat jam 8 malam tadi, proses mengambil keterangan masih berjalan.

Difahamkan, proses ambil keterangan itu dijangka selesai pada jam 10 malam.

Pasangan terbabit sebelum itu hadir di Ibu Pejabat SPRM pada jam 2.30 petang.
Kehadiran mereka disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Ia susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Pasangan suami isteri itu antara enam individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, semalam.

Sebelum itu pegawai penyiasat SPRM menyerbu pejabat FashionValet dikaitkan.
Selain FashionValet, turut diserbu secara serentak adalah Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini