comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Rakaman CCTV tunjuk Afham berjalan di kawasan berhampiran jam 9.03 malam” – Abang ipar

KLANG: Usaha mengesan penyanyi, Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Klang, Selangor kira-kira jam 11.53 malam semalam, terus giat dijalankan pihak berkuasa termasuk ahli keluarga.

Abang iparnya Effie Amron, 34, memaklumkan kelibat Afham ada dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran pada jam 9.03 malam.

Mangsa dilihat berjalan melalui kawasan berhampiran Masjid India Muslim Tengku Kelana, Klang sebelum dilaporkan hilang.

“CCTV semua saya dah tengok kecuali satu CCTV berhampiran Masjid India Muslim Tengku Kelana, itu saya tak nampak lagi.

“Kelibat memang nampak jelas, baju jersi, orang nampak dia jogging, memang itu pakaian dia.

“Kali terakhir dalam jam 9.03 malam. Memang dia berhampiran dengan tempat dia jumpa telefon bimbit ni. Memang situ lah kita nampak kelibat terakhir dia,” jelasnya ketika ditemui Buletin TV3 sebentar tadi.

Sejak awal pagi, dia dan ahli keluarga yang lain telah menyebarkan gambar mangsa kepada orang ramai sebagai usaha untuk mengesan adik iparnya itu.

“Lepas tu saya pergi masjid tu tutup (malam semalam), saya tunggu sampai Subuh. Saya masuk, saya solat, saya bagi gambar dekat imam semua.

“Saya pergi mana tempat pun saya bagi gambar, saya pusing kawasan sekitar ni, saya periksa semua tempat banyak kali,” katanya lagi.

@buletintv3

Usaha mengesan penyanyi, Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Klang, Selangor kira-kira jam 11.53 malam semalam terus giat dijalankan pihak berkuasa termasuk ahli keluarga. #BuletinTV3 #Afham #NidzaAfham #AfhamHilang #DimanaAfham

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Tambah Effie, selain laporan polis, dia juga telah membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di kawasan itu sekiranya operasi mencari dan menyelamat perlu dilakukan di sekitar kawasan Sungai Klang berhampiran jambatan terbabit.

Terdahulu, mangsa dilapor hilang selepas keluar berjogging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam semalam.

Mangsa dikatakan keluar rumah pada jam 7.54 petang semalam dengan menaiki e-hailing ke Stadium Klang.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak membalas mesej dan mengangkat telefon, selepas teman wanitanya cuba menghubungi Afham kira-kira jam 9.04 malam.

Lokasi terakhir mangsa dipercayai di Jambatan Kota di Jalan Perbandaran, sebelum dompet dan telefon bimbit miliknya ditemui ahli keluarga sekitar jam 1 pagi tadi.

Afham, 23, yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti ‘I Can See Your Voice 3’, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.

Loading...
Terkini