comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rakaman CCTV sahkan pemilik bagasi berisi RM500,000 – Polis

 

SHAH ALAM: Pemilik bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang dijumpai di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya disahkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesahkan pemilik sebenar dan sumber kewangan itu.

“Berdasarkan rakaman CCTV, kita sahkan lelaki yang dirakam keterangan itu adalah individu sama membawa bagasi terbabit. Dia mendakwa bagasi itu dibawa keluar dari apartment untuk dibawa pulang namun tertinggal.”

Katanya, lelaki itu juga adalah daripada pihak syarikat yang sama membuat laporan polis mendakwa pemilik bagasi sebelum ini.

Hussein ditemui pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Kawasan Rehat Elmina, arah utara di sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyampaikan topi keledar kepada penunggang motosikal ketika Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2024. – FOTO: NSTP

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.

Hussein berkata, polis akan memanggil beberapa lagi saksi untuk mengukuhkan keterangan dan membantu siasatan lanjut.

Katanya, kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut.

Pada 19 Mac lalu, seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah menemui bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 yang ditinggalkan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Dia kemudian terus membuat satu laporan polis.

Menurutnya, kejadian berlaku pada kira-kira jam 8 pagi ketika kebanyakan kedai di premis itu masih belum dibuka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini