Tumpuan :
Nasional

Raja Charles III zahir ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17

FOTO: Suruhanjaya Tinggi British/ X

KUALA LUMPUR: Pemerintah United Kingdom (UK) Raja Charles III dan Ratu Camilla menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena pengisytiharan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Titah Raja Charles III dimaklumkan menerusi hantaran di laman X Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur hari ini.

FOTO: Suruhanjaya Tinggi British/ X

“Ratu Camilla turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah pada hari Tuanku memulakan pemerintahan di Malaysia,” titah baginda.

Raja Charles III turut menzahirkan harapan untuk menjalin kerjasama dengan Yang di-Pertuan Agong ke-17. bagi memastikan agar hubungan antara Malaysia dan UK kekal utuh serta menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama.

“Secara khusus, beta berharap kedua-dua negara akan terus menjalin kerjasama bagi menangani perubahan iklim dan mempertingkat kelestarian alam sekitar kerana ini adalah isu global yang memberi kesan kepada hidup pada masa akan datang,” titah baginda.

Raja Charles III turut bertitah baginda masih ingat akan kunjungan ke Malaysia pada 2017 dan berharap dapat mengulanginya pada masa depan untuk meraikan hubungan rapat kedua-dua negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini