comscore
Tumpuan :
Nasional

Qiezlle Uyiko yang hilang sejak Isnin ditemukan lemas

Mayat mangsa ditemui pasukan bomba pada hari ketiga operasi SAR. – Foto ihsan JBPM

KOTA BELUD: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada Isnin lalu ketika bermandi-manda bersama keluarga di sungai berhampiran sebuah pusat pelancongan, Kampung Ratau, di sini, ditemukan lemas, hari ini.

Mayat mangsa warga tempatan dikenali sebagai Qiezlle Uyiko, dijumpai pada jam 10.20 pagi oleh pasukan bomba yang meneruskan hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Artikel berkaitan: Bomba lancar SAR cari remaja perempuan hilang, dikhuatiri lemas

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata mayat mangsa ditemui kira-kira lima kilometer dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil memaklumkan operasi SAR ditamatkan pada jam 12 tengah hari.

Isnin lalu, pihak bomba menerima laporan pada jam 2.49 petang bahawa seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika bermandi-manda bersama keluarga di lokasi kejadian.

tag story sama sebelumnya ye

Loading...
Terkini