comscore
Tumpuan :
Nasional

Pyanhabib seorang seniman yang amat disayangi dan disegani 

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga penyair dan pelakon Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib, yang meninggal dunia malam ini.

Beliau berkata Allahyarham Pyanhabib merupakan seorang penyajak, penulis, pelakon serta seniman yang amat disayangi dan disegani.

FOTO: Fahmi Fadzil / Facebook

“Di awal perjalanan saya sebagai seorang penggiat seni, saya sering nantikan persembahan bacaan sajak oleh Allahyarham.

“Kali terakhir kami bekerjasama ialah ketika melakukan kameo dalam video Malaysia MADANI nyanyian Bunkface tahun lalu,” katanya di laman sosial hari ini.

Fahmi berkata pemergian Pyanhabib akan diratapi oleh para seniman tanah air.

“Tenanglah dikau di negeri abadi. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham,” katanya.

Allahyarham Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang kira-kira jam 9 malam tadi.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini