comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Puting beliung cemaskan penduduk

JITRA: Puting beliung dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di sini petang tadi dan video kejadian turut tular di media sosial sehingga mencemaskan penduduk.

Rakaman berdurasi 47 saat itu, memaparkan kejadian puting beliung yang dipercayai berlaku di kawasan sawah yang menunjukkan pusaran angin sekitar jam 5 petang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, setakat ini Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu.

@buletintv3

Puting beliung dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di sini petang tadi dan video kejadian turut tular di media sosial sehingga mencemaskan penduduk. #BuletinTV3 #PutingBeliung #Kedah #Jitra

♬ Minimal for news / news suspense(1169746) – Hiraoka Kotaro

“Setakat ini anggota APM Kubang Pasu sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian.

“Malah hasil pemantauan yang dilakukan mendapati, hanya sebuah rumah di kawasan terjejas mengalami kerosakan pada bumbung akibat kejadian itu,” katanya.

Ini adalah kejadian kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu apabila kejadian pertama berlaku pada 29 Oktober lalu di Kodiang.

Ia menyebabkan kira-kira 10 rumah di kawasan Pida 2 dan 3 rosak teruk selepas bumbung rumah mereka diterbangkan angin.

Bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Loading...
Terkini